Thursday, 17 November 2016

Short Vacay to Penang

19 Dec ~ 21 Dec 2014


Menuju ke Pulau Pinang.


Hari Pertama @ Penang

Haaa... Kali ni cuti-cuti bersama family tercinta, kami ber4 jer, yang lain tak dapat follow.
Seawal jam 4 Pagi, kami dah bertolak. Ada 3 kali stop di RnR rasenye.
Alhamdulillah, kami sampai di Butterworth kira-kira jam 11pagi.

Sampai kat sana je, kami pon menyantap Nasi Kandar di Warung tepi Jalan Berdekatan kawasan2 bank. (x ingat nama / nak snap sebab Nafsu Makan aku memang susah nak bendung.! hahaha. Recommended ! dan sedap. ramai pekerja2 situ yg datang makan. Gerai ni port makan ayah aku mase dia dtg sini sebelum ni.

Kami Check in @ River In Hotel, Butterworth

Image result

Petang tu kami jalan-jalan kejap kat Bazar Karat Butterworth, macam2 jugak ada dijual disini. Tapi xla semeriah Pasar Karat yg lain.

Malam tu kami menuju ke Batu Feringgi. (Menaiki Feri)



Agak sesak juga jalan menuju ke sana, dan kawasan sekitar. Mungkin kami pegi time cuti sekolah.
Menyusuri deretan Pasar Malam Batu Feringgi, memang panjang giler, macam2 ada jual. Aku ni lebih suke tengok barangan souvenir. Macam2 juga la yg terbeli malam tu.
Mak & ayah suku jalan je, then aku meneruskan perjalanan dengan adik aku yg setia menemani. dan hampir 70% kot dari panjang nya pasar tu, aku stop. Then, aku ajak adik aku patah balik. dah tak larat.!! hahahha.. kang ade yg tido kat gerai2 tu. (Aku ni cepat ngantuk,  waktu tido aku 9 - 10pm. kadang tu lepas isyak dah Krik Krik)

Hari Kedua @ Penang ~ Jalan Jalan Georgetown

Pasar Karat di Georgetown
Pagi-Pagi kami dah waiting kat area Feri, arini kami nak Jalan-Jalan ke Georgetown. Destinasi pertama kami ke Pasar Karat di Georgetown yang berhampiran Stadium, jalan memang jem ke sana, sempat la aku turun kete posing2 jap berlatar belakangkan stadium tu. Dan masuk kete balik. hahaha.
Banyak juga barangan2 lama a.k.a antik dijual disini dan menarik.


Padang Kota Lama
Ok, mulakan misi melawat Padang Kota Lama, kat sini actually tepinye Pantai. So, elok la pergi untuk ambil angin. 
Kemudian, kami berjalan la dikawasan tapak-tapak sejarah.

Fort Cornwallis
Terletak di Padang Kota Lama ni juga, Untuk Fort Cornwallis ni korang perlu beli tiket ye untuk masuk. RM 3 rasanya. Kami sekeluarga memang minat jalan-jalan tempat yg bersejarah.  

Makan  @ Kassim Nasi Kandar

Tengahari kami mesti la cari Nasi Kandar kan. kate pon mai Penang. Mula nak cari Nasi Kandar Line Clear. Tapi, memandangkan keadaan cuaca yg hujan renyai2, dan kelaparan. Kami amik keputusan makan je kat mana2 gerai Nasi Kandar yg berhampiran Komtar jugak.

Memang sedap makan Nasi Kandar @ Kassim Nasi Kandar ni. (Tepi Jalan je)_ Recommended ok.!


Rumah P.Ramlee
Salah satu tempat yg mesti pergi ialah Rumah P.Ramlee, mengimbau kembali Pelakon yg hebat bekarya ini.. Kat sini korang boleh baca la sejarah dan biodata P.Ramlee.

Di luar Rumah P.Ramlee, korang boleh dapatkan Air Soya Fresh.!! Pekat melikat. The best Soya in town.


Bukit Bendera
Kat sini pon menarik untuk korang pergi. Lagi best naik train keatas, boleh view Penang.. dan sejuk juga kat atas.

Penang Botanic Gardens
Ha.. tempat camni pon menjadi febret aku dan keluarga untuk jalan-jalan. Dalam kawasan taman ni korang akan jumpe Air terjun kecil, jambatan gantung  simen (hahaha), Taman Kaktus, Taman Paku Pakis, dan perbalagai keindahan lagi. 

Malam tu kami ambil keputusan untuk berehat dan makan di kawasan Butterworth sahaja.
Kat Butterworth ni susah oo nak cari kedai makan masakan Melayu atau Thai selain dari food court area bus station atau kedai nasi kandar. Jauh jugak la kami makan malam tu, tambah lagi aku ni jenis cerewet sikit tengok kedai makan. Aku tak suke ramai sangat, atau yg nampak suram. Bak kate aku biarlah sedang sedang saja. hahaha.
Alhamdulillah makan malam tu boleh tahan sedap nya.

Hari Ketiga @ Penang

Pagi-pagi kami dah check out dari hotel. Sebab kami memang budget nak gerak balik awal. Sebelum balik, kami singgah breakfast di Roti Canai Istimewa Azizi area Butterworth juga

Gerai ni Amat direkemen untuk korang cuba.!! Puas hati sedappp.

Limau Bali @ Tambun

Lokasi aku beli buah Limau Bali kalau setiap kali aku pergi / lalu kawasan Perak mestilah di Tambun. Buah dia fresh & harga amat berpatutan. Gerai yang menjadi pilihan ialah gerai yg di usahakan Uncle Mualaf. Pelbagai size untuk djadikan pilihan hati ye. Uncle ni pon dah kenal aku. Hehehe. Aku peminat tegar Buah Limau Bali Tambun. ;-)


Makan @ RnR Simpang Pulai arah Selatan

Kami singgah sini untuk rehat & dan makan. keluarga kami menyantap Nasi Ayam , dan aku layan Bihun Sup sebab x rase nak makan nasi. (Datang mood mengada aku, plus aku ni jarang makan nasi ayam Kecuali The Chicken Rice Shop. Hari Hari pon bolehhh hahahha.) Lepas Zohor rehat2 jap.. Baru bergerak semula. Cuaca panas, so cepat letih bila drive.

Makan @ RnR Ulu Bernam arah Selatan

Sini memang port best untuk makan, ramai org woo.. sebab makan kat sini sedap2..
Yang patut korang cuba Mee Kari dia.! Perghh meleleh , banyak , n variety isi nye. Tapi kali ni aku lapaaa sangat, so aku order, Nasi + Asam Pedas Ikan Pari Claypot. Merecikk juga rasenye..! 

Sampai berjumpe lagi Penang..!!




 













Tuesday, 8 March 2016

Short Vacay to Janda Baik & Bukit Tinggi, Pahang

13 Dec ~ 14 Dec 2014

My First Day @  Janda Baik, Pahang

Okay.. Today pagi-pagi dah bergerak pergi cuti-cuti ke Janda Baik. Actually, aku ni takde pengalaman drive sangat, pakai kete auto. Then, paham2 la Jalan Karak tu Camne, aku dah pelik.. Asal kete aku macam berat je. (Lebih muatan ke). hahaha
Kami stop by di R&R Genting Sempah. Ada beberapa geraila, but not recommended dari segi persediaan makanan, kebersihan, dan keselesaan. Mase stop tu aku text n tanye member2 aku.. Then, barula aku tahu aku boleh main tukar2 gear ke 2 / 3.. Lol. hahaha

Better cari makan dalam  Janda Baik.

Trip actually bersama my team mate kat office, but aku bawak adik laki aku sekali (Jangan Cakap Akak Tak Payung). hahahah

Kami Check in @ Mama Papa Chalet.

Bilik dia mostly like hotel, tide & clean. Buka balkoni je dah sungai.
Senang citer buka pintu boleh terjun mandi sungai.. Nice giler buat yg suke bermandi mande macam aku ni.. ;-)

Petang tu kami round2, cari tempat nak melepak sambil nikmati pemandangan dan udara yg fresh.

Kami lepak @ Kopi n Kraf


Dan, dan Tibelah Malam untuk Ber Barbeque..!!

Masing2 berusaha keras bagi menghidupkan api. hahaha.

Sedap, sedap sebab my friend & us sendiri yang sediakan. Thanks kepada Nad yg bertungkus lumus membuat persiapan untuk kami semua..!! Nice BBQ, Nice Handmade Tomyam In Janda Baik . LoL


My Second Day @ Janda Baik

Pagi-Pagi aku dah keluar mencari kedamaian, hahaha.. aku memang suke jalan sensorang ni sambil nikmati Alam Semulajadi ciptaan Allah.

 Kat sini ada sediakan aktivity ATV, dia bawak ikut trek biasa, dan sungai ok.!! sape suke adventure silakan.


Then , jangan risau... Pihak Mama Papa Chalet pon ada sediakan Sarapan Pagi yang sedap-sedap. Ada Lontong, Nasi lemak, Kuih-Muih dan... (Tak ingat) .. hahaha

Selepas Check Out, bermula sesi mendaki Bukit Tinggi, Pahang.

Menuju ke Bukit Tinggi, Pahang.

1st time aku drive mencacak ni.. Tapi disebabkan aku dengan Dominic Toreto tu rakan seperjuangan. Selamber je aku drift.. (Jangan Buat Aksi Bahaya). Aku ni tak berpengalaman drive sebab baru je beberapa bulan keluar kete sendiri, Tetapi jenis berani. Berjiwa WAJA. (Sangat...)

Kawasan nye Dingin, dan pemandangan memang Superb Cantik.!

Colmar Tropicale
Yeah.! Finally aku sampai juga sini. (Tersenarai, dalam tempat2 yg aku nak lawati)



Japanese Village
Boleh walk arround, untuk ambil sedikit aura Jepun tu kan. Ade rumah replika Jepun, dan rasenya korang boleh cuba baju Jepun disitu.